SEJARAH PENUBUHAN PESAKA DAERAH PONTIAN

My photo
Persatuan ini telah didaftarkan pada 10 September 2009 bagi tujuan mengemaskini dan membantu tadbir persatuan-persatuan silat yang berada di dalam daerah Pontian.Sehingga hari ini terdapat 10 persatuan silat yang bergabung dengan PESAKA DAERAH PONTIAN.Persatuan ini juga sedang mengenalpasti dan mengumpul maklumat persatuan-persatuan silat di dalam daerah Pontian yang masih belum bergabung.Antara matlamat penubuhan persatuan ini adalah sebagai badan induk membantu persatuan-persatuan silat di dalam daerah Pontian dari segi pentadbiran,latihan dan penguasaan sukan silat iaitu Silat Seni dan Silat Olahraga.Dengan berbekalkan semangat dan pengalaman,persatuan ini berharap agar seni silat di dalam daerah Pontian dikenali dan disegani khasnya di dalam Negeri Johor dan di mata pesilat-pesilat Malaysia.

Thursday 21 April 2011

PERTANDINGAN PENCAK SILAT KANAK-KANAK DAN PEMILIHAN REMAJA DAERAH PONTIAN

TARIKH: 17hb hingga 24hb APRIL 2011

MASA   : 10 pagi hingga 10 malam

TEMPAT: PLAZA PONTIAN

Aktiviti pertandingan pencak silat kanak-kanak dan pemilihan remaja daerah Pontian sedang berlangsung sekarang di PLAZA PONTIAN.Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan pencak silat kanak-kanak akan diadakan pada 23hb APRIL 2011 jam 8.30 malam dan kami dengan sukacitanya akan menjemput YB DATO HJ. AHMAD BIN HJ. MASLAN untuk menyampaikan hadiah pada masjis tersebut. Majlis penyampaian hadiah bagi pemilihan remaja dan penutup akan diadakan pada 24hb APRIL 2011 jam 4.30 petang dan akan disampaikan oleh YBHG TUAN PEGAWAI DAERAH PONTIAN (PENGERUSI MAJLIS SUKAN DAERAH PONTIAN).

No comments:

Post a Comment